Boyjeng Barbershop
PEJUANG LELAKI HENSEM SEDUNIA✂️
11/01/2026
𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗯𝗼𝗵𝗵𝗵🔥
Boyjeng Barbershop tengoh cari BARBER SEJATI hok buleh masuk sekali dengan team kami. Kalau demo ado kemahirey gunting rambut, berdisiplin, rajin kijo dan nok cari rezeki cara molek, ni lah tempat demo🫵🏻
Kami nok ore hok betul-betul nok kijo, tok culas, tok bui alasan, tok main hilang maso. Kalau demo buleh kerat rambut ore jate nga molek, pandai buat fade, taper, potongan klasik atau moden serta buleh laye pelanggan nga cara sopan, demo memang kami cari👍🏻
Boyjeng Barbershop sedang mencari Barber yang berbakat dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami.
𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 :
✅Mahir memotong rambut lelaki (fade, taper, klasik & moden)
✅Berdisiplin, bertanggungjawab dan menepati masa
✅Mesra pelanggan dan berpenampilan kemas
✅Pengalaman diutamakan
𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗸𝗮𝗺𝗶 :
💵Pendapatan yang menarik RM1500++
❄️Tempat kerja selesa dan profesional
💇🏻♂️Pelanggan tetap
😎Peluang berkembang dalam industri barber
📍 Lokasi : Boyjeng Barbershop, Tendong, sebelah SKOT2
📲 Hubungi : https://wa.me/601129436456?text=BarberBoyjengBarbershop
28/03/2025
2 Hari lagi berbaki🔥
Jumaat 28 Mac 2025 Boyjeng Barbershop beroperasi bermula pukul 2.45petang sehingga 11.30malam💈
Berehat berbuka puasa semetar pukul 6.30petang hingga 8.30malam😁
Kita tak ambil booking, boleh derek walk in ke kedai deh😉
02/03/2025
Tetap Segar Sepanjang Ramadan di Boyjeng Barbershop💈
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Boyjeng Barbershop menawarkan waktu operasi khas untuk memenuhi keperluan anda!
Kami tahu, penampilan tetap penting walaupun di bulan puasa. Jangan risau, kami sedia memberikan potongan rambut terbaik sebelum atau selepas berbuka!
🕛 Waktu Operasi Khas Ramadan:
𝐒𝐢𝐚𝐧𝐠: 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐦 - 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐦
𝐑𝐞𝐡𝐚𝐭 & 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚: 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐦 - 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐦
𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 : 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐦 - 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐦
⚡️ Hanya sah dari 1 Ramadan hingga 30 Ramadan sahaja!
Mari kunjungi kami dan segarkan gaya rambut anda. Jadikan Ramadan ini lebih bergaya dengan Boyjeng Barbershop!
15/02/2025
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙆𝙚 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝘿𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙖𝙢𝙥𝙞𝙡𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙧𝙪💇🏻♂️
Musim persekolahan baru tiba! Dapatkan gaya rambut yang kemas dan bergaya di Boyjeng Barbershop Kami menyediakan perkhidmatan gunting rambut yang tepat dan bergaya untuk anak-anak, remaja, dan juga dewasa. Tidak kira gaya apa yang diinginkan, kami sedia membantu mencipta penampilan terbaik untuk anda!
Bawa anak anda ke Boyjeng Barbershop dan pastikan mereka bersedia untuk kembali ke sekolah dengan penuh keyakinan!
Jangan tunggu lagi! Kami beroperasi bermula 𝟭𝟮.𝟬𝟬 𝗽𝗺 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟭.𝟯𝟬 𝗽𝗺💈
12/02/2025
JOM KEMBALI KE SEKOLAH💪🏻
Siap sedia untuk ke sekolah! Pastikan rambut anak-anak kemas dan stylish. Potongan rambut profesional untuk anak-anak dan dewasa, hanya di Boyjeng Barbershop💈
Masa operasi Boyjeng Barbershop sempena pembukaan sekolah 👇🏻
𝗥𝗮𝗯𝘂 12/2 : 12pm-10.30pm
𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 13/2 : 12pm-10.30pm
𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 14/2 : CUTI
𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 15/2 : 12pm- 11.30pm
Barber yang berkhidmat seramai 2orang Barber Zarif & Barber Yi, Sabtu seramai 3orang tambah seorang lagi barber Yad
Boleh waze sahaja BOYJENG BARBERSHOP💈
Boleh whatsapp juga dahulu jika ada persoalan kedai dah buka ke belum dsb 011-2943 6456
02/02/2025
Minta share sehingga jumpa💥
Ada sapa2 yang mengenali abe sluar 3suku line putih tu naik kereta Pesona hitam WWG 5054. Minta bagitahu dia ada duit dia terjatuh di kedai Boyjeng Barbershop semasa dia datang gunting rambut pada 26 Januari 2025 Rabu minggu lepas. Boleh juga minta dia contact saya dulu sebelum datang ke kedai 011-2943 6456 Mohon share ya, bila dah jumpa saya akan delete posting ini, terima kasih semua.
28/07/2024
Makluman kepada pelanggan Boyjeng Barbershop yang baik hati. Minta parking kereta di tepi kedai deh. Pastikan parking nyerong ccomel jugok deh, boleh bagi ore lain parking jugok. Mitok parking tepi kedai supaya tidak menghalang penglihatan kereta nak keluar masuk lorong.
Terima kasih banyak-banyak😊
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Boyjeng Barbershop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Subscribe
We will notify you when anything happens in Pasir Mas.